Sunday 26 April 2015

NAMA YANG BAIK

27 April 2015

Bismillahirrohmanirrohim,

By the name of Allah, my Lord my everything.

"Dalam satu kisah di zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khatab, seorang anak datang menemui beliau dan bertanya mengenai hak anak ke atas bapanya dan Umar menjelaskan memilih ibunya, memperelokkan namanya dan mengajar mengenai al-Quran," 

Prof Madya Dr Fauzi Deraman berkata,"Memberikan nama yang baik kepada bayi antara kewajipan kedua ibu bapa terhadap anaknya, nama menjadi hak milik anak yang mesti dipenuhi sang ayah

Hari ini Nurulsyaahidah, begitu teringatkan keluarga di kampung. Terutama emak dan abah, jerih perih mereka membesarkan kami 9 orang adik beradik. 9 orang, 5 lelaki dan 4 perempuan.
Untuk pengetahuan semua, kesemua kami mendapat nama, abah yang punya idea, abah tak bagi orang lain letakkan nama-nama kami, even emak punye idea pun abah tak nak.haha
Ini nama-nama yang diberi kepada kami:

Emak ; Salmah bt Li     Abah ; Salim bin Hashim

1) Along --- Noor Haslinda Binti Salim
2) Angah--- Mohd Harith Faisal Bin Salim
3) Kakcik --- Noor Haryanti Kasuma Binti Salim
4) Abangcik --- Muhammad Hafiz Al-Siddiq Bin Salim
5) Abangteh --- Mohd Ali Imran Bin Salim
6) Kakteh (its me)--- Nurul Syaahidah Binti Salim
7) Muhammad Syahid Effendi Bin Salim
8) Muhammad Zaid Al-Husieni Bin Salim
9) Nurul Farah Wahidah Binti Salim

walimah syahid. missing the other 4, along, angah, abgcik, abgteh

Mungkin abah tahu maksud kenapa Beliau meletakkan kami dengan nama-nama ini. Pada dasarnya ketahuan nama-nama ini nama-nama yang baik. Abah telah menunaikan haknya kepada kami dengan memberikan kami nama yang baik. Terima kasih abah <3
Moga-moga kami menjadi sehebat nama dan memaknai maksud nama kami dengan baik. Semoga kami semua dapat menjadi quratul ain ( penyejuk mata) dimata emak dan abah di dunia juga di akhirat sana.biidznillah :)

 Semoga nama-nama ini dipanggil oleh Allah di syurga nanti.

Wednesday 22 April 2015

AKU PENDOSA

Aku PENDOSA, 
Setiap hari tak lepas dari melakukannya,
kerna aku manusia yang lemah, 
perlu diingatkan dengan kata-kata hikmah.

Aku pendosa, 
walau diri penuh dengan noda, 
Allah menanti penuh setia,
rintihan taubat daripada hamba-hambaNya.

Aku pendosa,
seringkali mengulangi dosa,
tapi Allah pesan jangan pernah putus asa, 
pintu taubatnya sentiasa terbuka.

Aku pendosa, 
istighfarlah saat leka,
kerana diri tewas dengan hasutan syaitan durjana,
beruntunglah bagi yang menyucikannya dengan taubat nasuha.


Aku pendosa,
perlukan sahabat soleh yang selalu ada, 
menasihati dan sering mengingatkan aku tentang Yang Maha Esa,
kelak perpimpin tangan menuju syurganya.


buatmu pendosa, 
harapan masih ada, 
bilamana Allah masih memberi nikmat nafas dan nyawa,
beerti Dia mahu kita kembali ke jalan redha Nya,




p/s: antara nikmat yang paling berharga bilamana Allah kurniakan seorang emak, yang  tak pernah jemu mengingatkan anak-anaknya tentang islam. Allah kurniakan akhwat-akhwat, sahabat-sahabat yang soleh yang sentiasa mengingatkan nurulsyaahidah tentang Allah, tentang syurga.

KALIAN LAH, PEMANGKIN SEMANGAT NURUL SYAAHIDAH DUNIA DAN AKHIRAT!!

MAY ALLAH REUNITE US AGAIN IN JANNATUL A'LA , UHIBBUKUM FILLAH


Monday 20 April 2015

Lapis-lapis keberkahan

20 APRIL 2015

Bismillahirrohmanirrohim.

By the name of Allah, my Lord my everything.

"Memburu berkah amatlah berat, tapi justru di dalam nya lah ada banyak rasa nikmat" ; 
  Salim A.Fillah


SALIM A.FILLAH ; LAPIS-LAPIS KEBERKAHAN


Sudah menjadi tabiat, sebelum mata lelap terlena, Nurulsyaahidah akan menghabiskan masa membaca buku-buku yang telah dibeli. Harap-harapnya hobi dan tabiat ini, kekal dan istiqamah. One of my favourite  writer is Salim A.Fillah (penulis buku-buku fikrah). Penulisannya dan perkataannya yang membekas di jiwa 
(qaulan baligha). Terkadang sehingga ada air mata yang mengalir tanpa disedari. Umat islam, terutamanya daie (pendakwah) mereka seharusnya lebih banyak membaca dan punya ilmu. sekurang-kurangnya 1 buku untuk 1 minggu. 

Teringat saya kata-kata Moshe Dayan (seorang penulis Yahudi)  pernah menggariskan 3 kelemahan utama umat Islam dalam satu artikelnya iaitu:

1) Umat Islam tidak pernah belajar dari sejarah lampau.

2) Umat Islam tidak merancang dengan teliti.

3) Umat Islam terdiri daripada orang-orang yang malas membaca.

Sebaik sahaja artikel ini diterbitkan, ramai orang Yahudi marah kerana mereka fikir orang Islam akan mengubah kelemah-kelemahan ini selepas mereka tahu.

Namun Moshe Dayan menjawab :

"Usah risau, orang-orang Islam tidak akan tahu. Mereka bukannya baca pun."



hah? sentap bukan. ini lah ciri-ciri umat islam yang bisa dihancurkan oleh puak-puak yahudi. Sebab apa? sebab nya umat islam kini lebih gemarkan novel-novel cinta yang meruntun jiwa, yang membuai perasaan, yang mencairkan hati dan terus dihanyutkan oleh angan-angan yang tiada kesudahan. oh itu semua bersifat keduniaan. 

'Umat islam harus cemerlang, hari ini mesti lebih baik dari semalam!!!
Setelah menghabiskan Bahagian pertama pada buku "Lapis-lapis keberkahan' , terlalu sarat dengan ibrah yang cuba dilontarkan, terlalu banyak perkara yang perlu dimuhasabah, dan difikirkan. Oh lupa buku ini, dihadiahkan kepada Nurulsyaahidah oleh seorang adik yang hebat hammasahnya ( adik Nur Nabilah Alias), jazakillahu khayr, moga Allah memberikan kebaikan yang banyak kepada mu adik.

Pakcik Salim A.fillah terlalu menekankan bahawa betapa pentingnya hubungan dengan Pencipta, hubungan dengan Pemilik hati. Terpeliharanya hubungan itu melalui solat 5 waktu yang wajib dilakukan setiap hari. waktu itu kita berbicara bersama Dia, Rabb yang sangat Kasihkan hamba-hambaNya. Dan di dalam setiap solat fardu, wajid ke atas kita membaca alfatihah. 

'ihdinassiro thalmustaqim; tunjukkanlah kami jalan yang lurus' (alfatihah)

bagaimana mahu perolehi jalan yang lurus??

'Dan sesungguhnya Allah adalah Rabbku dan Rabb kalian, maka sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus' (Maryam 19;36)

Betapa jalan yang lurus itu diperolehi melalui hati yang  tak pernah berbelok dari Allah sebagai sesembahan yang haq.

Jalan yang lurus itu,adalah jalan-jalan yang telah Allah beri nikmat, bukan pula jalan yang Allah murkai dan bukan jalan mereka yang sesat' ( alfatihah)

ternyata 'orang-orang' yang telah Allah beri nikmat itu, adalah antara mereka yang telah berbahagia di syurgaNya sekarang, daripada kisah nabi Adam hingga ke Muhammad.

kisah si pemuda berkulit hitam (Bilal b. Rabah), yang diseksa di tengah padang pasir yang terik, di hempap kan batu ke atas dadanya, menguji ketauhidan nya. langsung tidak mengubah pendiriannya untuk mengesakan Allah. "Ahad, Ahad"
Maka inilah contoh mereka yang diberi nikmat, yang berjaya berada di atas jalan yang lurus. Berbahagialah wahai Bilal bersama Rabb mu , juga bersama mereka-mereka yang telah di beri nikmat,di syurga hakiki.

Justeru kita, tambah-tambah yang bergelar daie, yang dah faham islam, seharusnya mengambil ibrah daripada kisah-kisah sahabat bagaimana untuk terus teguh berdiri di atas jalan yang lurus ini, bagaimana untuk terus meletakkan Allah sebagai cinta pertama. Taqarrub ilallah (mendekatkan/merapatkan diri kepada Allah) adalah cara untuk memperoleh jalan yang lurus itu.

Bak kata APG (inche Gabbana) ; 

"cinta Allah dulu boleh?"

baru cinta-cinta yang lain menyusul kemudian.ok? :)

firman Allah, 'Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah' (albaqarah 2;165)

JOM JADI ORANG BERIMAN!  ^_____^







Wednesday 8 April 2015

Usia

9 APRIL 2015

Bismillahirrohmanirrahim,

By the name of Allah, my Lord my everything.



"Sejenak ku imbasi kembali, erti pelayaran usiaku"

Antara bait-bait lagu kumpulan nasyid saujana, yang sering menjadi hiburan halwa telinga Nurul Syaahidah.
sungguh la, lagu nasyid banyak mengingatkan kita banyak perkara, tidak mudah dibuai dan dihanyutkan oleh perasaan. sebab tu saya PENCINTA nasyid daripada zaman sekolah lagi. :)

Berbalik pada tajuk entri, kebelakangan ini nurul syaahidah kerap bermuhasabah tentang USIA,
ya, usia ia makin bertambah pada nombor tapi bukan pada hayat. Dan secara langsungnya, makin bertambah usia, makin kita menghampiri pertemuan dengan Sang Pencipta Yang Maha Agung.

mungkin kita tak sedar yang masa dah jauh meninggalkan kita. kerna masa itu lebih lebih berharga daripada emas. Emas boleh dijual dan dibeli, tapi bukan pada masa. masa yang pergi takkan dapat diganti. Maka, hargai nikmat masa yang Allah beri sebaiknya. 


Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang Hari ini sama dengan semalam, celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam” –Saidina Ali-.


bak kata emak ;" bila usia kita bertambah, sepatutnya amalan-amalan kita makin makin bertambah, bukan berada di takuk yang lama, rugii rugii [dengan nada emak yang tegas]

Dunia ibarat satu titik dan, negeri akhirat ibarat satu garisan panjang yang tiada pengakhiran. itulah perumpaan nya. dunia tempat kita persiapkan bekal, bekal untuk sebuah garisan panjang yang tiada penamat.maka nya bekal tu perlulah lebih dan sangat-sangat banyak. Bimbang jika bekal tak cukup, kita akan behenti lemah di pertengahan jalan, menjadi orang-orang yang sangat rugi, nauzubillahiminzalik.

Masa muda yang ada, dengan sisa-sisa usia yang tinggal ni, jangan kita berlengah untuk melakukan perkara-perkara baik.


'fastabiqul khairat= maka berlomba-lombala kamu dalam kebaikan" [2;148]

beribadatlah bersungguh-sungguh seolah-olah kamu akan meninggal dunia pada esok hari, Yes tiada jaminan yang kita akan hidup 1000 tahun lagi.mungkin sekejap lagi, mungkin malam ni, mungkin esok, mungkin lusa, mukin seminggu lagi. sebab kita tidak tahu bila ajal kita akan sampai, jadi seharusnya persediaan untuk menghadapi ajal dan bertemu dengan Allah juga perlu diberi perhatian. Hidup ini tiada kepastian, sungguh. pasti tak esok kita akan sihat? pasti tak esok kita akan dapat makan? pasti tak esok kita akan pergi kuliah/ kerja? tak pasti bukan.

Tetapi yang paling pasti, ketentuan Allah, bila orang yang berbuat baik, balasannya syurga, yang sebaliknya ke neraka. jadi ke manakah hala tuju kita? tepuk dada tanya iman.


semoga Allah mensucikan sisa-sisa usia kita pada hari ini dan akan datang. 


p/s: tahun 2015 genap umur Nurulsyaahidah 27 tahun, doakan tahun ni dapat naik 1 anak tangga dalam maratib amal :)













Monday 6 April 2015

KAROK JOM

7 April 2015

Bismillahirrohmanirrahim,

By the name of Allah, my Lord my everything,

Hari ni nak share lagu yang best ni, rasa melting habis bila UNIC nyanyi version nasyid and of course lirik dituju untuk Illahi.


Bila Diri Disayangi 

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu

Ku berserah diri



OK JOM NYANYI AND HAYATI SAMA2 LAGU NI :)



Thursday 2 April 2015

Heyyyy Its JUMUAH!!!

3 April 2015.

Bismilillahirrahmanirrahim,

by the name of ALLAH, my Lord, my everything,

Mencari semangat permata-permata dakwah, penulis- penulis hebat yang berjaya memberi kesan kepada jiwa-jiwa yang membaca. Setiap perkataan mereka yang membekas dijiwa. Betapa ketaqwaan yang mengalir dalam diri mereka, sehingga penulisan mereka berjaya merubah banyak jiwa. :')

oh Ok ruang masa yang ada, hari ni Nurul Syaahidah Binti Salim, bertekad untuk menulis blog.Even  tak banyak pun, moga-moga ia menjadi titik tolak perubahan pada mereka yang membaca, juga terutama untuk diri sendiri.biidznillah.

hari ni hari jumaat kan, yang selalu diingatkan, jumaat je mesti alkahfi. kan? jom baca, sekejap je pun, kalau fb, tweet2, insta boleh berjam-jam kita layan.why not luangkan sikit masa untuk ayat-ayat Allah yg superbest ni :)


dan kalau baca ada ganjarannya tahu? Allah tak kan persiakan amal hamba-hambaNya. Allah itu penuh dengan sifat kasih sayangNya 


moga menjadi jumaat yang penuh barokah :)