Setiap hari tak lepas dari melakukannya,
kerna aku manusia yang lemah,
perlu diingatkan dengan kata-kata hikmah.
Aku pendosa,
walau diri penuh dengan noda,
Allah menanti penuh setia,
rintihan taubat daripada hamba-hambaNya.
Aku pendosa,
seringkali mengulangi dosa,
tapi Allah pesan jangan pernah putus asa,
pintu taubatnya sentiasa terbuka.
Aku pendosa,
istighfarlah saat leka,
kerana diri tewas dengan hasutan syaitan durjana,
beruntunglah bagi yang menyucikannya dengan taubat nasuha.
Aku pendosa,
perlukan sahabat soleh yang selalu ada,
menasihati dan sering mengingatkan aku tentang Yang Maha Esa,
kelak perpimpin tangan menuju syurganya.
buatmu pendosa,
harapan masih ada,
bilamana Allah masih memberi nikmat nafas dan nyawa,
beerti Dia mahu kita kembali ke jalan redha Nya,
p/s: antara nikmat yang paling berharga bilamana Allah kurniakan seorang emak, yang tak pernah jemu mengingatkan anak-anaknya tentang islam. Allah kurniakan akhwat-akhwat, sahabat-sahabat yang soleh yang sentiasa mengingatkan nurulsyaahidah tentang Allah, tentang syurga.
KALIAN LAH, PEMANGKIN SEMANGAT NURUL SYAAHIDAH DUNIA DAN AKHIRAT!!
MAY ALLAH REUNITE US AGAIN IN JANNATUL A'LA , UHIBBUKUM FILLAH
No comments:
Post a Comment