Bismillahirrohmanirrohim.
By the name of Allah, my Lord my everything.
"Memburu berkah amatlah berat, tapi justru di dalam nya lah ada banyak rasa nikmat" ;
Salim A.Fillah
SALIM A.FILLAH ; LAPIS-LAPIS KEBERKAHAN |
Sudah menjadi tabiat, sebelum mata lelap terlena, Nurulsyaahidah akan menghabiskan masa membaca buku-buku yang telah dibeli. Harap-harapnya hobi dan tabiat ini, kekal dan istiqamah. One of my favourite writer is Salim A.Fillah (penulis buku-buku fikrah). Penulisannya dan perkataannya yang membekas di jiwa
(qaulan baligha). Terkadang sehingga ada air mata yang mengalir tanpa disedari. Umat islam, terutamanya daie (pendakwah) mereka seharusnya lebih banyak membaca dan punya ilmu. sekurang-kurangnya 1 buku untuk 1 minggu.
Teringat saya kata-kata Moshe Dayan (seorang penulis Yahudi) pernah menggariskan 3 kelemahan utama umat Islam dalam satu artikelnya iaitu:
1) Umat Islam tidak pernah belajar dari sejarah lampau.
2) Umat Islam tidak merancang dengan teliti.
3) Umat Islam terdiri daripada orang-orang yang malas membaca.
Sebaik sahaja artikel ini diterbitkan, ramai orang Yahudi marah kerana mereka fikir orang Islam akan mengubah kelemah-kelemahan ini selepas mereka tahu.
Namun Moshe Dayan menjawab :
"Usah risau, orang-orang Islam tidak akan tahu. Mereka bukannya baca pun."

hah? sentap bukan. ini lah ciri-ciri umat islam yang bisa dihancurkan oleh puak-puak yahudi. Sebab apa? sebab nya umat islam kini lebih gemarkan novel-novel cinta yang meruntun jiwa, yang membuai perasaan, yang mencairkan hati dan terus dihanyutkan oleh angan-angan yang tiada kesudahan. oh itu semua bersifat keduniaan.
'Umat islam harus cemerlang, hari ini mesti lebih baik dari semalam!!!
Setelah menghabiskan Bahagian pertama pada buku "Lapis-lapis keberkahan' , terlalu sarat dengan ibrah yang cuba dilontarkan, terlalu banyak perkara yang perlu dimuhasabah, dan difikirkan. Oh lupa buku ini, dihadiahkan kepada Nurulsyaahidah oleh seorang adik yang hebat hammasahnya ( adik Nur Nabilah Alias), jazakillahu khayr, moga Allah memberikan kebaikan yang banyak kepada mu adik.
Pakcik Salim A.fillah terlalu menekankan bahawa betapa pentingnya hubungan dengan Pencipta, hubungan dengan Pemilik hati. Terpeliharanya hubungan itu melalui solat 5 waktu yang wajib dilakukan setiap hari. waktu itu kita berbicara bersama Dia, Rabb yang sangat Kasihkan hamba-hambaNya. Dan di dalam setiap solat fardu, wajid ke atas kita membaca alfatihah.
'ihdinassiro thalmustaqim; tunjukkanlah kami jalan yang lurus' (alfatihah)
bagaimana mahu perolehi jalan yang lurus??
'Dan sesungguhnya Allah adalah Rabbku dan Rabb kalian, maka sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus' (Maryam 19;36)
Betapa jalan yang lurus itu diperolehi melalui hati yang tak pernah berbelok dari Allah sebagai sesembahan yang haq.
Jalan yang lurus itu,adalah jalan-jalan yang telah Allah beri nikmat, bukan pula jalan yang Allah murkai dan bukan jalan mereka yang sesat' ( alfatihah)
ternyata 'orang-orang' yang telah Allah beri nikmat itu, adalah antara mereka yang telah berbahagia di syurgaNya sekarang, daripada kisah nabi Adam hingga ke Muhammad.
kisah si pemuda berkulit hitam (Bilal b. Rabah), yang diseksa di tengah padang pasir yang terik, di hempap kan batu ke atas dadanya, menguji ketauhidan nya. langsung tidak mengubah pendiriannya untuk mengesakan Allah. "Ahad, Ahad"
Maka inilah contoh mereka yang diberi nikmat, yang berjaya berada di atas jalan yang lurus. Berbahagialah wahai Bilal bersama Rabb mu , juga bersama mereka-mereka yang telah di beri nikmat,di syurga hakiki.
Justeru kita, tambah-tambah yang bergelar daie, yang dah faham islam, seharusnya mengambil ibrah daripada kisah-kisah sahabat bagaimana untuk terus teguh berdiri di atas jalan yang lurus ini, bagaimana untuk terus meletakkan Allah sebagai cinta pertama. Taqarrub ilallah (mendekatkan/merapatkan diri kepada Allah) adalah cara untuk memperoleh jalan yang lurus itu.
Bak kata APG (inche Gabbana) ;
"cinta Allah dulu boleh?"
baru cinta-cinta yang lain menyusul kemudian.ok? :)
firman Allah, 'Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah' (albaqarah 2;165)
JOM JADI ORANG BERIMAN! ^_____^

No comments:
Post a Comment